Title: Kecekapan Teknikal Pertanian Padi di Indonesia: Kajian di Pulau Jawa

Authors: Tri Haryanto (Universitas Airlangga), Basri Abdul Talib dan Norlida Hanim Mohd Salleh (Universiti Kebangsaan Malaysia)

Publisher: Jurnal Ekonomi Malaysia

 

Abstract

Kajian ini menggunakan Analisis Sempadan Stokastik (SFA) untuk menganggarkan tahap kecekapan teknikal dan menganalisis penentu ketidakcekapan teknikal dalam pertanian padi di Pulau Jawa, Indonesia. Data kajian ini adalah berdasarkan kaji selidik struktur kos pertanian padi yang dijalankan oleh Biro Pusat Statistik Republik Indonesia pada tahun 2008. Kawasan kajian terdiri daripada tiga daerah pengeluar padi di Pulau Jawa, iaitu Jawa Timur, Jawa Tengah, dan Jawa Barat. Keputusan kajian menunjukkan bahawa purata kecekapan teknikal di daerah Jawa Timur adalah 0.851. Manakala, di daerah Jawa Tengah dan Jawa Barat masing-masing adalah 0.836, dan 0.805. Pendapatan petani memberi kesan negatif dan signifkan kepada ketidakcekapan teknikal. Sebaliknya, umur petani, sumber pembiayaan dan saiz tanah memberi kesan positif dan signifkan kepada ketidakcekapan teknikal. Seterusnya, kesan pemboleh ubah lain seperti pendidikan formal, bantuan keraban dan marau bencana dan banjir ke atas ketidakcekapan teknikal adalah berbeza-beza mengikut kawasan.

Kata kunci: Kecekapan teknikal; pertanian padi; fungsi pengeluaran stokastik

 

Sources: https://www.ukm.my/fep/jem/content/2016-2.html

 

International Recognition

fiiba akreditasi feb unair
Logo Akreditasi 1 copy

aacb kecillamemba

ucapan

 

Kemitraan Global

kemitraan kemitraan
kemitraan kemitraan
kemitraan kemitraan
kemitraan kemitraan
kemitraan